Thursday, September 16, 2010

PERNIAGAAN MODAL KECIL UNTUNG BESAR

Ramai yang nak mulakan perniagaan tetapi tidak berpengalaman. Biasanya perniagaan secara komersil seperti kedai, butik, salon, pusat cuci kereta memerlukan modal yang besar. Ramai juga yang menganggap adalah WAJIB bagi seseorang yang nak berniaga untuk memiliki kedai atau tempat untuk berniaga. Namun dunia telah berubah dengan adanya teknologi. Di negara luar ramai yang telah berjaya dalam perniagaan hanya menggunakan Internet dan bekerja dari rumah. Tetapi masih ramai yang kabur bagaimana perkara ini beroperasi.

Syarikat jualan langsung membenarkan seseorang itu berniaga dengan cara yang bebas namun termaktub kepada syarat-syarat dan terma yang dikeluarkan syarikat terbabit. Syarikat jualan langsung juga biasanya memberi kemudahan dengan menyediakan kursus atau seminar bagi membimbing mereka yang nak mulakan perniagaan dari rumah. Mengapa aku pilih syarikat jualan langsung? Antara sebab-sebabnya adalah seperti berikut: 1. Modal kecil tetapi untung besar. Bagaimana? Untuk menjalankan perniagaan jualan langsung aku TIDAK PERLU memliki kedai dan juga pekerja. Operasi perniagaan jualan langsung boleh dilakukan dimana sahaja dan pendapatan aku bergantung dengan aktiviti yang aku jalankan. Selain itu aku mendapat kebebasan tanpa dikongkong mana-mana pihak seperti BOS. Kenapa aku tak suka pada BOS? Bagi aku BOS adalah seseorang yang BUAT ORANG SUSAH.
 
Hanya bermodalkan air liur sahaja aku sudah boleh jalankan perniagaan yang hebat ini. Sebenarnya sedar tak sedar ramai dikalangan kita selalunya mempromosikan sesuatu. Sebagai contoh: kedai tom yam yang sedap, kedai baju yang bagus, kedai aksesori. Dan sekiranya kita terbabit dalam sesuatu syarikat jualan langsung dan mempromosikan syarikat tersebut semestinya ia membuahkan hasil pada diri sendiri. Namun apakan daya ramai yang masih tidak sedar dengan peluang ini.

 Kebiasaannya syarikat jualan langsung mempunyai pelan pemasaran yang mudah diikut. Dan sekiranya kita memahaminya, teknik dan caranya adalah seperti berikut: KITA BELI, KITA PAKAI, KITA PROMOTE, ORANG BELI, ORANG PAKAI, ORANG PROMOTE dan seterusnya. Dan sekiranya perkara ini berterusan maka pendapatan kita semestinya sentiasa bertambah dan bertambah.

PERINGATAN: Bagi aku, perkara penting yang perlu diketahui adalah produk yang hendak dipromosikan semestinya produk yang digunakan dan kemudian habis dan memerlukan pembelian semula. Dengan erti kata lain "consumable produk" contohnya makanan, minuman dan barang2 dapur sebagainya. Mengapa makanan?  Mudah sahaja: kerana kita makan 3 kali sehari dan tiap-tiap hari kita makan. Tambahan bila makanan habis kita beli. Kalau pakaian mungkin kena tunggu dah rosak dah tukar size dan sebagainya.

Dan kali ini adalah hari yang bertuah kerana AKU akan membimbing sesiapa yang nak mula berniaga dengan modal RM4000 dan jana pendapatan sehingga 6 angka dalam masa 6 bulan sahaja. Sekiranya ada yang berminat atau mempunyai persoalan dengan perniagaan seperti ini, boleh hubungi aku melalui email ahmadrezalkhan@yahoo.com dengan tajuk AKU NAK BISNES atau SOALAN.
 

Wednesday, September 15, 2010

Kenapa KENA KAYA dan BAGAIMANA

Ramai orang nak kaya tapi apakah sebabnya? Kenapa aku nak kaya sebab aku ada alasan aku sendiri. Sebagai umat Islam kita berpegang pada 2 rukun iaitu rukun ISLAM dan IMAN. Setelah aku mendalami erti Rukun Islam sepenuhnya, aku percaya setiap umat ISLAM perlu KAYA. RUKUN ISLAM: (1)Mengucap Dua Kalimah Syahadah "Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah". (2)Solat 5 Waktu Sehari.(3)Berpuasa di bulan Ramadhan.(4)Membayar Zakat Fitrah.(5)Menunaikan Haji. Setelah aku lihat secara mendalam, hanya mengucap sahaja adalah dilakukan tanpa menggunakan DUIT manakala selebihnya melibatkan duit. Secara kesimpulannya umat Islam perlu KAYA untuk kesempurnaan diri sebagai umat Islam sejati. Malangnya ramai yang ingin jadi kaya sejak kebelakangan ini kerana mengejar keduniaan semata-mata. Sepatutnya kita kejar kedua-duanya sekali. Dengan menjadi KAYA kita mudah melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga iaitu menyediakan rumah, pakaian, makan & minum dan juga mungkin dapat mengerjakan amal seperti: bersedekah dan membina masjid. Persoalannya: Bagaimana AKU NAK KAYA? Rujuk didalam AL-Quran yang diturunkan untuk membimbing Umat MUHAMMAD. Didalam Al-Quran ada menyatakan 9/10 sumber pendapatan adalah melalui perniagaan tetapi sejak akhir-akhir ini ramai yang mengejar 1/10 iaitu makan gaji.  PERNIAGAAN memberi keuntungan dan keuntungan adalah lebih baik dari gaji. Mungkin selepas membaca rencana ini ada diantara kamu yang mula terdetik untuk berniaga dan mungkin juga yang masih ingin mengekalkan diri dengan makan gaji. Apa jua keputusan kamu, aku hormati dengan hati yang terbuka. Bagi aku ini adalah peluang untuk aku kongsi inspirasi dan apa yang aku rasa demi membangunkan jati diri dan mungkin mengubah kehidupan umat Islam yang semakin sempit dan sakit menjalani kehidupan dimuka bumi ini.