PERKONGSIAN DAN INSPIRASI MEMAJUKAN DIRI DAN MENGUBAH KEHIDUPAN KEPADA YANG LEBIH BAIK
Wednesday, September 15, 2010
Kenapa KENA KAYA dan BAGAIMANA
Ramai orang nak kaya tapi apakah sebabnya? Kenapa aku nak kaya sebab aku ada alasan aku sendiri. Sebagai umat Islam kita berpegang pada 2 rukun iaitu rukun ISLAM dan IMAN. Setelah aku mendalami erti Rukun Islam sepenuhnya, aku percaya setiap umat ISLAM perlu KAYA. RUKUN ISLAM: (1)Mengucap Dua Kalimah Syahadah "Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah". (2)Solat 5 Waktu Sehari.(3)Berpuasa di bulan Ramadhan.(4)Membayar Zakat Fitrah.(5)Menunaikan Haji. Setelah aku lihat secara mendalam, hanya mengucap sahaja adalah dilakukan tanpa menggunakan DUIT manakala selebihnya melibatkan duit. Secara kesimpulannya umat Islam perlu KAYA untuk kesempurnaan diri sebagai umat Islam sejati. Malangnya ramai yang ingin jadi kaya sejak kebelakangan ini kerana mengejar keduniaan semata-mata. Sepatutnya kita kejar kedua-duanya sekali. Dengan menjadi KAYA kita mudah melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga iaitu menyediakan rumah, pakaian, makan & minum dan juga mungkin dapat mengerjakan amal seperti: bersedekah dan membina masjid. Persoalannya: Bagaimana AKU NAK KAYA? Rujuk didalam AL-Quran yang diturunkan untuk membimbing Umat MUHAMMAD. Didalam Al-Quran ada menyatakan 9/10 sumber pendapatan adalah melalui perniagaan tetapi sejak akhir-akhir ini ramai yang mengejar 1/10 iaitu makan gaji. PERNIAGAAN memberi keuntungan dan keuntungan adalah lebih baik dari gaji. Mungkin selepas membaca rencana ini ada diantara kamu yang mula terdetik untuk berniaga dan mungkin juga yang masih ingin mengekalkan diri dengan makan gaji. Apa jua keputusan kamu, aku hormati dengan hati yang terbuka. Bagi aku ini adalah peluang untuk aku kongsi inspirasi dan apa yang aku rasa demi membangunkan jati diri dan mungkin mengubah kehidupan umat Islam yang semakin sempit dan sakit menjalani kehidupan dimuka bumi ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment